Shuth:Kuih tradisional.com
1:44 PM
paan

Perhatian:Ini bukan promosi berbayar.Ikhlas ditaja oleh aku.hehehe
Aku sekadar nak buat sedikit review berkenaan dengan projek terbaru dari otai IM kita,bro shuth.Bersempena dengan sambutan hari raya yang bakal berlansung tidak lama lagi,bro shuth telah pun melancarkan laman kuihtradisional.com.Sungguh maju bro kita nie.Satu sikap yang patut kita contohi.hehe.
Aku baru sahaja melawat laman kuihtradissional sebentar tadi,dan aku nak berkongsi lah pengalaman aku bersama korang sumer.
Aku telah mengalami pengalaman yang sangat dasyat menarik.Seperti biasa,beliau menggunakan konsep blog.Apa relevannya menggunakan konsep blog nie?
Pada pandangan aku la,bila beliau menggunakan konsep blog,laman itu akan menjadi lebih mesra pengguna.Ia menjadi macam sebuah diari yang bercerita pasal kuih.Dan pelawat blog juga,dengan mudahnya,dapat memberi sebarang komen atau cadangan berkenaan dengan produk-produk yang terdapat dalam blog itu.
Template yang digunakan simple,memang sesuai dengan tujuan beliau buat blog itu.Template itu memberi aku satu keyakinan untuk membuat pesanan.Aku merasakan amat yakin yang kuih itu akan sampai ke depan pintu rumah aku.Aku paling sukakan design "Kuih tradisional keenekan kuih warisan",memang nampak bersesuaian la.Aku pun tak tau macam mana nak citer,korang tengok la sendiri ye.
Beliau turut menyelitkan gambar kuih-muih yang beliau tawarkan.Dan gambar-gambar tue,menyebabkan aku terliur.heheharap2,kuihnya secantik gambarTentang harga pula,beliau menawarkan harga yang berpatutan,dan tidak cekik darah.Lagipun,korang hanya perlu buat pesanan,dan kuih korang akan sampai ke rumah korang.Nak lagi bez,kuih tu sampai,tepat-tepat waktu ko berbuka puasa.posmen pun nak bukak pose gak
Cadangan untuk bro shuth: itu pun kalo dia terbaca post nie hehehe
Untuk lebih meyakinkan,mungkin bro patut benarkan pembeli untuk merasa dahulu.hehe.Macam maner tue??Macam pelik je cadangan nie.
Mungkin bro boleh menawarkan:Jaminan 30 hari wang dipulangkan jika tidak berpuas hati.
boleh ke macam tue??
p/s:Kalo bro shuth terbaca kempen promosi nie,jangan lupa hantar kuih batang buruk ke depan pintu rumah saya ye.Sebagai upah.Nak alamat??Email saya di paanblogger@gmail.com.Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah,tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalo salah,tolong komenkan.
Posted in

Salam paan, thank atas review yang ikhlas ini.
Sememangnya, saya dah siapkan sample untuk merek ayang berminat. Cuma tak upload je lagi.. kejap lagi saya upload.
Sample ini free tapi kena bayar kos penghantaran sedikit, dalam RM6. Dalam sample tu ada 4 jenis kuih.
Insyallah kejap lagi saya akan upload sample order tu.
Terima kasih banyak2.. :)