Ebook percuma:Membongkar penipuan sms.
5:33 PM
paan

Kredit gambar irwan dahnil
Baiklah,pada hari ini,aku sekali lagi akan berkongsi satu lagi ebook percuma.Ebook ini telah pun ditulis oleh saudara Irwan Dahnil dan telah pun diberikan secara percuma kepada semua manusia di muka bumi ini.Anda boleh mendapatkan ebook ini tanpa sebarang syarat.
Apa yang ada dalam ebook ini?
Dalam ebook ini,saudara irwan dahnil telah membongkar rahsia disebalik penipuan yang dilakukan dengan menggunakan sistem sms yang sering berlaku di kalangan rakyat Malaysia.
Apa yang bakal korang dapat?
Saudara irwan dahnil akan menerangkan tentang gerak langkah dalam penipuan sms.Dengan ilmu ini,korang akan mempu untuk membezakan sama ada sms yang korang dapat adalah sms yang betul ataupun sms tipu daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Korang akan didedahkan dengan rahsia bagaimana si penipu sms ini akan memanipulsi perkhidmatan sms yang wujud untuk menipu pengguna.
Irwan dahnil turut menyenaraikan syarikat-syarikat gateway dan syarikat-syarikat ternama yang pernah dengan kes penipuan sms.
Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penipuan sms.Muat turun ebook ini.
Jika korang ada apa-apa ebook percuma yang boleh dikongsikan,sila tinggalkan komen.
Pernah antara korang mendapat sms seperti ini:Tahniah,anda telah pun memenangi wang tunai RM20,000.Sila berikan nama,alamat rumah,no.kad pengenalan serta maklumat akaun bank untuk memudahkan pembayaran.Untuk maklumat lanjut,sila hubungi,0xx-xxxxxxx.
Baiklah setakat ini saja post aku untuk petang nie,aku nak pergi menyediakan makanan untuk berbuka puasa.Sape tak suka makan kurma??Aku suka.Terliur la plak.hehe.Nak makan apa ye petang nie??Korang berbuka apa ye??Sedap tak??
Posted in

0 Response to "Ebook percuma:Membongkar penipuan sms."
Post a Comment