Dana ringgit@niagasentral program scam!
10:18 PM
paan

Sape yang pernah dengar tentang program ini??dan sape yang dah join pun program ini?
Aku dah lawat website niagasental nie.Dari pembacaan aku,korang dikehendaki bersedekah sebanyak RM 10 untuk mula menyertai program nie.Kalo dilihatkan daripada jumlah RM10 tue,memang jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan jumlah yang dikatakan korang akan dapat.
Program ini lansung tidak mempunyai sebarang produk untuk diniagakan,korang hanya dikehendaki mencari orang sebanyak mungkin,lagi banyak orang yang korang dapat,lagi banyak la duit yang akan dapat korang buat dari program nie.
Dari mana datangnya duit itu??
Duit yang bakal korang dapat,datang daripada tajaan korang.Tapi,korang hanya akan dapat duit,selepas korang berjaya dapat menaja sehingga ke peringkat-5.Apabila korang sudah mendapat tajaan sehingga peringkat-5,tajaan korang perlu terus memasukkan duit RM10,ke dalam akaun korang.Dari situ,korang akan mula buat duit.Bagi tajaan korang peringkat ke-2 hingga ke-4,mereka perlu bersedekah RM10 ke akaun pemilik web tersebut.
Dikatakan juga,korang tidak akan rugi apa-apa,kerana bonus-bonus ebook yang berguna akan diberikan secara percuma.Aku dah cuba tengok bonus yang akan diberikan kepada mereka yang akan mendaftar untuk program ini.Tiada sebarang maklumat lanjut tentang bonus itu diberikan.Ia hanya sekadar gambar ebook-ebook dalam bahasa inggeris.
Jika difikir secara logik,bukan mudah hendak mendapatkan tajaan sehingga peringkat ke-5,mungkin sebelum korang berjaya sampai ke tahap itu,program ini sudah tidak relevan lagi.
Laman ini juga tidak memberikan informasi yang lengkap tentang program ini.Aku sendiri agak ragu-ragu.Walaupun aku hanya perlu bersedekah RM10,aku tetap berfikir 8-9 kali.Aku lebih rela bersedekah kepada mereka yang betul-betul memerlukan daripada bersedekah kepada seseorang yang aku tidak tahu.Entah-entah,orang itu,lagi kaya-raya dari aku.Korang raser,boleh dikategorikan seebagai program scam ke?
Posted in

cam program perigiduit gak tu. yang dah mati sekejap dulu pastu ada lagi. entah apa apa la ni
MACAM2 SEKARANG NI ORG BUAT DUIT...
pokok duit, 5aje, pergi duit, macam2 laa citer buat duit... biasa laa nak buat duit automatik... hohohooo
aku dulu,hampir-hampir terpedaya dengan perigiduit.Nasib baik tak join.Semoga kita semua terlindung dari program-program scam nie.gunakanlah blog sebagai saluran untuk kita menyedarkan rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dengan program-program seperti ini>.terutamanya,program yang menggunakan agama.Contoh macam,dana niaga ringgit nie.Kononnya kita kena bersedekah rm10 saja untuk jadi kaya.