Bersahur cara Rasulullah.



Alhamdullilah,telah selesai satu hari umat Islam melaksanakan ibadah puasa,dan pada esok pagi,masuk la hari kedua,kita semua umat Islam berpuasa.Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk terus berpuasa sehingga ke akhir Ramadhan terkecuali kaum wanita.hehe

Baiklah,hari ini aku ingin kongsikan sedikit ilmu dengan korang semua bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,semoga puasa pada kali ini akan menjadi lebih bermakna.

Kita umat Islam,amat dianjurkan oleh Rasulullah untuk bersahur.Dan amat-amat digalakkan kita supaya melewatkan waktu bersahur dan mempercepatkan waktu berbuka puasa bukan berbuka sebelum waktu yeh!!

Ini berdasarkan sabda baginda:

Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.



Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.



Hikmah kita digalakkan bersahur:

  • menjadi sebab orang berpuasa bersedekah kepada orang lain.
  • menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab.
  • beri kesempatan berniat,bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.
  • membezakan antara puasa umat Islam dan ahli kitab.


Hikmah kita digalakkan melambatkan bersahur:

  • Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
  • Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.


Semoga apa yang kita baca pada hari ini akan dapat kita sama-sama amalkan dan sampaikan kepada umat Islam yang lain untuk pengajaran bersama.Wasalam.

rujukan:Utusan Melayu:26 September 2006.

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Response to "Bersahur cara Rasulullah."

  1. Anonymous says:

    selamat berpuasa rakanku

    paan says:

    tq my friend...semoga bulan ini akan membawa kejayaan pada usaha-usaha kita.hehee

Post a Comment

Powered by Blogger