Blogger pasca MERDEKA(part 1)


apa erti kemerdekaan ini pada aku dia dan kamu?



Beberapa hari sahaja lagi,negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan,

Sudahkah anda mempersiapkan minda anda untuk menyambutnya???

Setakat manakah keghairahan anda dalam menyambut kedatangan hari yang bersejarah ini??

Adakah seperti ghairahnya kita rakyat MALAYSIA dalam menantikan keputusan final akademi fantasia dan rancangan hiburan yang lain??

Aku amat berharap,kita rakyat Malaysia termasuklah aku akan lebih menghargai hari yang bersejarah.Hari yang telah pun mengubah nasib bangsa,agama dan negara kita.Hari dimana,apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita sehingga sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka berjaya dicapai.Iaitu,hari dimana negara kita mencapai kebebasan daripada pihak British.

Tetapi,bila difikirkan kembali,setakat manakah kebebasan yang telah kita kecapi??Setakat manakah bebasnya minda kita daripada penjajahan??

So,sempena nak memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini,aku ingin mengajak semua blogger untuk menjawab soalan aku ini:

Apakah makna sebuah kemerdekaan bagi seorang blogger?



Aku nak soalan ini dijawab oleh para blogger pada blog masing-masing tanggal 31 OGOS 2008.Dan aku juga berharap,semua blogger akan dapat berkongsi info ini dengan blogger yang lain supaya ianya akan menjadi lebih meriah.

Sempena merdeka ini juga,blog noktahhitam.com ada membuat stiker untuk diletakkan pada blog korang.So,aku harapkan,korang akan sama-sama meletakkan stiker ini di blog korang sebagai tanda sokongan kepada beliau dan juga demi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan ini.

p/s:gambar kat atas aku tu edit sendiri,komen la ye.aku baru nak belajar macam mana nak edit gambar.hehehe

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Blogger pasca MERDEKA(part 1)"

Post a Comment

Powered by Blogger