7 sebab kenapa aku dan kamu gagal buat duit melalui internet?(Part 1)
11:19 PM
paan
Tajuk post aku pada malam ini agak panjangkan???Aku pun tak tau camna nak pendekkan,harap-harap korang tak kisah la ye.
Actually,aku bukanlah penulis asal untuk post ini,aku hanya ingin memberikan respon untuk satu post yang aku jumpa waktu gi amik angin kat dunia blogging nie merayau tgk.blog org.Ni memang hobi aku,kalo korang nak aku tengok blog korang,bagitau la ye..
Apa sebabnya aku dan kamu gagal??
->Aku rasa macam malas malas lagi nak mengaku,tapi memang masih ada sikit sifat malas dalam diri aku.Bukan malas untuk menulis,tapi malas nak belajar bahasa inggeris.Korang kena ingat,dunia dah maju,zaman dah berubah kat mane aku curi ayat nie.So,bahasa inggeris nie,memang penting sangat kalo korang nak menuntut ilmu,especially bidang-bidang macam nie.Bidang-bidang yang,rakyat Malaysia masih baru berjinak.So,banyak sumber rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.Tapi,dalam usaha korang duk study bahasa inggeris nie,jangan la lupakan bahasa ibunda ye!.
->Ini yang aku tengah usahakan sekarang nie,sekarang ini aku hanya belajar dengan cara membaca artikel-artikel dan juga blog-blog hasil penulisan mereka yag telah berjaya.Tapi,aku belum pernah mendapatkan personal coach lagi.Bukan masalah sombong,tapi belum ada sape-sape yang sudi nak mengajar aku.secara percuma.hehehe.Skang nie,fokus aku ialah untuk belajar dari forum.Dengan banyakkan bertanya pada moderator yang memang serba tahu.Dan aku sarankan,korang jadikan forum wangcyber sebagai sumber rujukan korang.ramai otai lepak kat sana.Sapa yang sudi ajar aku secara percuma,bagitau,aku sudi belajar.
->Takut gagal??Rasanya aku tidak menghadapi masalah ini.Maybe sebab aku dah banyak kali gagal..Untuk pengetahuan korang sumer,ini blog aku yang entah ke berapa.Aku telah buat banyak blog,dan banyak masalah serta rintangan telah aku lalui dalam usaha aku untuk menjadi seorang blogger.Ala,watpe nak takut gagal??Bukannye korang tak biasa gagal.Dari bayi yang comel-comel lagi,korang dah gagal.Tak mungkin korang berjaya berjalan dengan sekali percubaan.Betul x??
p/s:Untuk sebab yang seterusnya,sila nantikan post yang seterusnya.Korang hadamkan dulu sebab-sebab yang aku berikan ini.
p/s/s:Ok x bahasa yang aku gunakan semasa menulis post-post aku?Ada kesalahan tatabahasa @ ejaan k?Kalo ada,tolong betulkan ye!Kalo tak nak terlepas post seterusnya,subsribe kat sini->email & RSS
Posted in

aku juga pernah ceburi bidang buat duit melalui blog. kau tahu apa aku belajar. jangan buat blog kalau semata-mata nak buat duit. kenapa? sebab biasanya kau akan membataskan kekreatifan kau untuk menghidupkan blog tersebut.
buat duit online = traffik byk nk mampos + blog yang bagus + pengalaman pembaca yg WOW
idea yang bernas...