31 Ogos Vs 1 Ramadhan.
12:01 AM
paan
Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam),untuk kami memerdekakan manusia manusia,daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah,daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Sambutan kemerdekaan pada tahun ini,amat berbeza sekali.Ini kerana,sambutan merdeka pada kali ini,adalah sangat hampir dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Kenapa semua ini terjadi??
Adakah ini satu petanda daripada Allah s.w.t kepada umat manusia untuk kita,rakyat Malaysia mengubah cara kita menyambut kemerdekaan daripada parti-parti dan majlis-majlis maksiat kepada majlis-majlis kesyukuran dan mengesakan Allah.
Jika di fikir secara logik sekali pun,cara kita selama ini memang teramat salah..Langsung tidak ada benarnya.Kenapa?
Sebelum ini,kita menyambut kemerdekaan dengan majlis-majlis maksiat.Majlis-majlis yang dihiasi dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan kita kepada mengesakan Allah.Itu semua,salah sama sekali.Langsung tidak kena.
Sepatutnya,sambutan kemerdekaan dihiasi dengan majlis-majlis kesyukuran.Kita patut banyak-banyak mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana pada tahun ini,kita masih diberikan kemerdekaan.Dan kita juga patut mengadakan solat hajat memohon kepada Allah s.w.t semoga negara ini akan terus diberikan kemerdekaan.Semoga keamanan yang kita kecapi pada tahun ini akan terus menjadi milik kita.
Ingatlah:
Kemerdekaan bukanlah hak milik mutlak kita.Bila-bila masa ia boleh ditarik balik.
p/s:Maaf kepada bukan muslim.Aku merupakan darah anak muslim dan darah anak melayu.

Posted in

Memang kita dah terpesong jauh.. terlalu jauh.. bagaimana generasi seterusnya nanti?
itu lah perkara yang amat dirisaukan oleh pemimpin-pemimpin sejati kita.pemimpin yang aku maksudkan disini,ialah pemimpin yang sebenar,bukan pemimpin yang hanya penuh dengan janji-janji manis