31 Ogos Vs 1 Ramadhan.


Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam),untuk kami memerdekakan manusia manusia,daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah,daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.



Sambutan kemerdekaan pada tahun ini,amat berbeza sekali.Ini kerana,sambutan merdeka pada kali ini,adalah sangat hampir dengan kedatangan bulan Ramadhan.

Kenapa semua ini terjadi??

Adakah ini satu petanda daripada Allah s.w.t kepada umat manusia untuk kita,rakyat Malaysia mengubah cara kita menyambut kemerdekaan daripada parti-parti dan majlis-majlis maksiat kepada majlis-majlis kesyukuran dan mengesakan Allah.

Jika di fikir secara logik sekali pun,cara kita selama ini memang teramat salah..Langsung tidak ada benarnya.Kenapa?

Sebelum ini,kita menyambut kemerdekaan dengan majlis-majlis maksiat.Majlis-majlis yang dihiasi dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan kita kepada mengesakan Allah.Itu semua,salah sama sekali.Langsung tidak kena.

Sepatutnya,sambutan kemerdekaan dihiasi dengan majlis-majlis kesyukuran.Kita patut banyak-banyak mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana pada tahun ini,kita masih diberikan kemerdekaan.Dan kita juga patut mengadakan solat hajat memohon kepada Allah s.w.t semoga negara ini akan terus diberikan kemerdekaan.Semoga keamanan yang kita kecapi pada tahun ini akan terus menjadi milik kita.

Ingatlah:


Kemerdekaan bukanlah hak milik mutlak kita.Bila-bila masa ia boleh ditarik balik.



p/s:Maaf kepada bukan muslim.Aku merupakan darah anak muslim dan darah anak melayu.

Youthsays and merdeka.Apa misteri disebaliknya??



Di malam yang gelap nie,aku telah pun mengembara ke seluruh pelusuk dunia cyber,untuk mengisi masa lapang aku pada malam nie.

Dalam duk mengembara,terlintas dalam fikiran aku nak explore site youthsays dan menjana sedikit pendapatan.Dalam duk jana pendapatan,aku terjumpa satu interesting thing.What that?



p/s:Apa kaitannya politik dengan merdeka??Klik merdeka.

Ebook percuma:Formula Sebenar Perniagaan Internet.



Hari ini,aku ingin membuat review tentang sebuah ebook atau preview percuma yang baru saja aku baca.Preview Formula Sebenar Perniagaan Internet(FSPI).
Preview ini ditulis telah oleh Mnizam,founder of panduanduitsegera.com dan diedarkan secara percuma sebagai satu langkah promosi untuk memperkenalkan ebook yang bakal beliau terbitkan iaitu Formula Sebenar Perniagaan Internet.

Apa yang bakal aku dedahkan hanya gambaran kasar yang aku dapat dari preview ini,korang boleh download sendiri untuk keterangan lanjut.

Secara kasar,didalam ebook FSPI ini akan dibincangkan mengenai 3 tips menjadi jutawan dan 7 kesilapan yang dilakukan oleh newbie dalam usaha menjana pendapatan dari internet.

3 tips menjadi jutawan.


  • Mengamalkan sikap berjimat cermat.

  • ->berjimat cermat??Dah jadi jutawan pun kena jimat ke???Antara perkara yang paling susah.Bila duit dah di tangan,kehendak pun menjadi keperluan.

  • Kurangkan perbelanjaan

  • ->susah betul nak jadi jutawan..faktor jimat,dua kali disebut.Patut la tak ramai yang leh jadi jutawan nie.

  • Menambahkan pendapatan

  • ->inilah tips yang aku tengah usahakan..boleh ke tambah pendapatan guna blog aku nie??


7 kesilapan yang dilakukan oleh newbie.termasuk aku??

  • Mahu kekayaan segera.
  • Ilmu diperoleh secara tidak sistematik.
  • Sibuk membataskan usaha menambah maklumat.jangan overload sudah
  • Blog pendapatan satu realiti @ imaginasi??
  • Sibuk membataskan update blog.
  • Kerja tidak sistematik.
  • Kemahiran dan minat.


Itulah antara tips-tips yang akan dibongkar oleh beliau didalam ebook FSPI ini.Didalam usaha kita menjana pendapatan dari internet ini,janganlah korang mudah terpedaya dengan sesetengah program yang indah khabar dari rupa.Selidik dulu sebelum mengeluarkan duit korang untuk menyertai apa-apa program atau membeli ebook.Supaya korang tidak akan kerugiaan.Nanti,bukan makin bertambah duit,tapi makin berkurang.kesian..

p/s:aku edarkan ebook percuma ini dengan kebenaran beliau.Ni buktinya..

Preview Formula Sebenar Perniagaan Internet ini adalah percuma dan boleh diedarkan kepada kenalan dan sahabat taulan anda.

ayat yang diambil dari ebook ini



so,aku nak edarkan la kepada semua sahabat taulan aku di dunia maya ini.Download kat sini.So,download segera.

p/s/s:last word from me,berguna ke info yang aku bagi nie??

Langkah mudah jana duit pay per lead.

Apa itu program pay per lead??



Kalo ini kali pertama korang dengar pasal program pay per lead...Klik kat sini.

contoh program pay per lead.


Baiklah,dalam post kali ini,aku akan terangkan beberapa langkah mudah untuk korang jana pendapatan dengan program pay per lead ini.

  1. Klik pada link yang aku berikan.(Korang akan dibawa ke page produk)
  2. Masukkan nama dan email korang pada kotak yang disediakan pada page produk.
  3. Satu email untuk pengesahan akan dihantar.Sahkan email itu.
  4. Satu email yang memberikan link untuk download ebook dan daftar affiliate akan dihantar.
  5. Download ebook percuma korang,dan daftar affiliate untuk program tersebut.
  6. Setelah selesai mendaftar affiliate,login kedalam akaun korang dan dapatkan alamat web/url agen/link affiliate pada tab halaman utama.
  7. Dan mulalah mempromosikan alamat web/url agen/link affiliate yang diberikan pada korang untuk menjana pendapatan.
  8. Semoga berjaya.hehehe




p/s:Klik pada banner diatas untuk mengalaminya sendiri..Bez of luck :)

Apa itu pay per lead??

Tak pernah dengar??



Tak apa...Program ini memang masih baru lagi dikalangan rakyat Malaysia.Dan usahawan-usahawan internet kita pun,baru sahaja mula berjinak-jinak dengan program ini.

Macam mana program ini berjalan??

Melalui program ini,korang akan dibayar bagi setiap tindakan yang dibuat melalui link yang diberi pada korang.Tapi,tindakan-tindakan ini adalah bergantung kepada program itu sendiri.Tengok la,apa yang penaja tu nak.Kalo penaja bagi program ini nak,orang yang klik pada link korang signup pada laman mereka,maka korang akan dibayar bagi setiap orang yang signup melalui link yang diberi pada korang.

Kiranya macam,korang tolong promosi la..Kalo kat Malaysia nie,setakat ini hanya ada program yang akan membayar apabila orang download ebook percuma mereka dari link korang.Korang hanya perlu promosikan link yang diberikan supaya orang akan download melalui link korang.Dan bagi setiap orang yang download,korang akan dibayar.Mudah kan??Tengok contoh kat bawah.



Korang akan diberikan banner seperti ini,untuk memudahkan lagi kerja korang untuk mempromosikan link korang.Mudah kan??

Setakat ini,bayaran paling tinggi bagi setiap download ialah rm.0.30.Sikit??Duit percuma,tak nak pun takpe.

Tiada paksaan dalam mendownload.No SPAM please!!

Korang nie,nak kerja senang,tapi nak hasil banyak,mana boleh.Kalo korang nak hasil yang banyak,buat la promosi banyak-banyak.Makin banyak download,makin banyak duit.hehehe

Faham tak??



p/s:Nak lagi faham??Klik kat banner tu dan ALAMI sendiri.Jauh perjalanan luas pengalaman.Ingat,pengalaman banyak mengajar kita.Gud luck buat duit.

Blogger pasca MERDEKA(part 4)




pertahankan hak kami sementara kami kecil!


Apakah erti sebuah kemerdekaan??Hayatilah erti sebuah kemerdekaan daripada PM-PM kita.



"...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.."


Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi


"..Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai.."


Tun Dr. Mahathir Mohamad


"..Tuan-tuan sekelian, akhirnya saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa.."




Tun Hussien Dato' Onn


"...hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit..."



Tun Abdul Razak Dato' Hussein



"...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan..."



Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Blogger pasca MERDEKA(part 3)



Aku telah merayau ke seluruh pelusuk dunia semata-mata ingin mencari,pokok herba

content yang berkualiti demi memenuhi nafsu pemmbaca blog ini yang amat ketaghan informasi.Minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang kurang berminat dengan post aku ini,sempena dengan minggu kemerdekaan,kau berazam untuk memberikan post yang berkaitan dengan isu-isu kemerdekaan pada setiap hari.

Sapa yang ada blog,klik kat sini.Bagi mereka yang takde blog plak,boleh klik kat sini.Korang tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk klik ini.JANGAN RISAU!!

Pada post kali ini,aku bagi link ke beberapa artikel yang berkaitan dengan kemerdekaan.Semoga korang akan dapat membarakan lagi semangat kemerdekaan dalam jati diri korang.

di-ambang merdeka

hari kemerdekaan ke 51 disambut sederhana.

merdeka 51 tahun bukan bermakna merdeka selamanya

logo merdeka dari tahun 1976

sambutan kemerdekaan untuk semua kaum

jangan hina bendera malaysia

semangat merdeka



Setakat manakah tahap bermanfaatnya post-post yang aku buat untuk korang??




Blogger pasca MERDEKA(part 2)

AKU BLOGGER MERDEKA!



Baiklah,bersempena dengan hari kemerdekaan ini,marilah kita bersama-sama menghafal dan download lagu "perpaduan teras kejayan" ini untuk diplaykan di laptop @ desktop kita.

Nape perpaduan ye???

Adakah masyarakat kita semakin berpecah belah??


Bahang politik sememangnya telah memecahbelahkan masyarakat kita.Saya berdoa,semoga keamanan dan kemajuan yang telah ALLAH berikan kepada negara kita ini akan terus kekal.Semoga kemerdekaan yang telah diusahan oleh datuk nenek.So,jom sama-sama layan lagu nie.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

INTRO

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni


MUSIC BRIDGE

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita


CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Download lagu,lirik dan logo disini.

Kepada semua blogger yang ingin bersama-sama aku dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini,sila bagi komen pada mana-mana post Blogger pasca MERDEKA supaya aku boleh update penyertaan korang.Semoga kemerdekaan pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna.

Sila baca post ini ==> Blogger pasca MERDEKA(part1)

Blogger pasca MERDEKA(part 1)


apa erti kemerdekaan ini pada aku dia dan kamu?



Beberapa hari sahaja lagi,negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan,

Sudahkah anda mempersiapkan minda anda untuk menyambutnya???

Setakat manakah keghairahan anda dalam menyambut kedatangan hari yang bersejarah ini??

Adakah seperti ghairahnya kita rakyat MALAYSIA dalam menantikan keputusan final akademi fantasia dan rancangan hiburan yang lain??

Aku amat berharap,kita rakyat Malaysia termasuklah aku akan lebih menghargai hari yang bersejarah.Hari yang telah pun mengubah nasib bangsa,agama dan negara kita.Hari dimana,apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita sehingga sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka berjaya dicapai.Iaitu,hari dimana negara kita mencapai kebebasan daripada pihak British.

Tetapi,bila difikirkan kembali,setakat manakah kebebasan yang telah kita kecapi??Setakat manakah bebasnya minda kita daripada penjajahan??

So,sempena nak memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini,aku ingin mengajak semua blogger untuk menjawab soalan aku ini:

Apakah makna sebuah kemerdekaan bagi seorang blogger?



Aku nak soalan ini dijawab oleh para blogger pada blog masing-masing tanggal 31 OGOS 2008.Dan aku juga berharap,semua blogger akan dapat berkongsi info ini dengan blogger yang lain supaya ianya akan menjadi lebih meriah.

Sempena merdeka ini juga,blog noktahhitam.com ada membuat stiker untuk diletakkan pada blog korang.So,aku harapkan,korang akan sama-sama meletakkan stiker ini di blog korang sebagai tanda sokongan kepada beliau dan juga demi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan ini.

p/s:gambar kat atas aku tu edit sendiri,komen la ye.aku baru nak belajar macam mana nak edit gambar.hehehe

Apa itu blog?



APA ITU BLOG?



Baiklah,post aku pada hari ini agak simple jer.Nak kata malas ak menaip tu,tidaklah.Tapi aku perlukan bantuan daripada korang sumer dalam usaha aku untuk mendalami bidang blogging ini.Aku berharap,respon korang terhadap post ini juga akan dapat membantu aku untuk menjadi seorang problogger.

Apakah maksud sebenar blog pada pandangan korang??Apa saja yang korang faham tentang blog ini???

Rahsia penggunaan CMD.EXE


Untuk post yang kali ini,aku ingin mengucapkan jutaan tahniah untuk bro din,kento dan dr.cmd atas pelancaran ebook Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE.Mereka telah membongkarkan rahsia yang sememangnya amat berguna untuk para blogger seperti aku..Dan juga rahsia yang sangat berguna yang boleh digunakan untuk memudahkan lagi usaha membuat duit melalui internet.

Aku sendiri merupakan pelajar ijazah sarjana muda sains komputer,tetapi tidak pernah terfikir untuk memaksimakan penggunaan cmd.exe nie.hehehe.aku baru part 1 la.Insyaallah,lepas nie,aku akan belajar lebih rajin lagi,supaya satu hari nanti,aku akan boleh menghasilkan sebuah ebook yang akan membantu dalam memudahkan lagi kerja-kerja para blogger.Nape blogger??Sebab cite-cite aku ialah untuk menjadi seorang PRO BLOGGER.

Gambar kat atas tu,merupakan gambar windows command prompt.Simple je kan??Tapi banyak guna nye..Semoga kita sama-sama berjaya dalam memaksimakan penggunaannya.

Aku amat sarankan korang sumer untuk dapatkan ebook ini sementara masih lagi pada harga promosi.Cepat...
p/s:aku pun belum dapatkan lagi.nak kena chech budget la...huhuhu

Tangan yang memberi...


Suasana kantin yang hingar–bingar memang suatu yang lumrah apabila tibanya waktu rehat. Pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin dalam keadaan kelaparan. Masing-masing menjenguk dan memilih makanan yang ingin dijadikan santapan, mengalas perut.

Suara yang pelbagai saling bertingkah dan menyesakkan lagi ruang udara kantin yang sememangnya sesak. Kecil sahaja kantinnya. Bermacam makanan yang dijual namun mereka masih berebut untuk mendapatkan makanan yang diidamkan. Khuatir sungguh mereka makanan tersebut habis.

Namun dalam kesibukan, ada pelajar yang cuba mengambil kesempatan. Tangan panjang istilahnya, kata orang. Berlakulah percubaan untuk mencuri. Seorang pelajar India cuba mencuri sepinggan nasi lemak. Tapi, percubaan tersebut tak berjaya. Perbuatannya mendapat perhatian salah seorang pekerja kantin tersebut. Hal itu diadukan kepada seorang makcik yang merupakan pemilik tander.

Dengan amarah yang meluap-luap, makcik tersebut menghambur kata-kata kesat kepada pelajar berkenaan. Tangan pelajar itu disentap kasar dan diherat untuk dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan I yang sedang selesa menikmati juadahnya (guru melayu). Makcik yang dalam keadaan yang amat marah, mengadu kepada guru tersebut. Terhambur lagi kata-kata yang kurang sopan dari mulutnya. Penuh amarah. Penuh penghinaan.

Apabila ditanya oleh penolong kanan, mengapa dia mencuri, jawab pelajar tersebut....

"Saya lapar, cikgu."

Sepotong ayat yang menyentap hati seorang ibu, ku kira. Makcik kantin masih mencebik muka sedang guru penolong kanan, memandang dengan muka simpati. Naluri keibuannya tersentuh. Lalu penolong kanan tersebut meletakkan tangannya di bahu ’pencuri’ itu.

"Tak apalah. Kali ni, saya belanja. Lain kali, jangan buat lagi," katanya.

Sebak lalu berjujuran air mata luruh di pipi pelajar tersebut. Makcik kantin yang terdengar bicara guru tersebut, terkesima. Ternganga mulutnya. Untung sempat ditutup sebelum lalat menyinggah. Berulangkali ucapan terima kasih diberikan oleh pelajar tersebut. Bersama air mata yang penuh keharuan, sebak yang berpanjangan.

Apa yang dapat disimpulkan, kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesilapan orang lain sehingga kita terlupa tentang kesilapan kita. Kuman diseberang jalan, kita nampak. Namun gajah didepan mata, tidak kita lihat. Makcik tersebut sekadar terlihat kesilapan pelajar yang mencuri namun dia lupa, kesilapannya.

Dia tidak bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Jika selama ini, dia mendapat untung yang banyak melalui wang pelajar, tidak ada salahnya jika dia bersedekah dalam kuantiti yang amat sedikit. Ingatlah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Pahala sedekahlah yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.

p/s:Tersentuh hati aku baca kisah ini.semoga kisah ini dapat menjadi teladan yang baik kepada kita para IM untuk membantu newbie-newbie yang amat memerlukan.

Review:Rahsia Pro Affiliate



Baru-baru ini,bro din beramboi dan rakan barunya,kento ada mengeluarkan sebuah ebook percuma yang bertajuk Rahsia Pro Affiliate.So,pada hari ini,aku ingin buat sedikit review berkenaan info-info yang bakal korang dapat dari ebook percuma ini.Dalam ebook ini,korang akan didedahkan dengan:

  • Apakah yang dimaksudkan dengan pro affiliate.
  • Apakah itu program affiliate.
  • Bagaimana program affiliate menjana pendapatan untuk anda
  • Pembayaran komisen.
  • Jenis-jenis program affiliate.
  • Bagaimana membuat jualan.
  • Bagaimana melakukan kajian pasaran.
  • Dan info-info lain yang amat berguna.
Aku amat sarankan korang semua untuk mendapatkan ebook percuma ini.Dengan itu,korang akan lebih memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan program affiliate.

Terima 25 sen bagi setiap download dari link anda.Tawaran tamat 31 ogos.cepat!



Bagi mereka-mereka yang berminat untuk menjana sedikit pendapatan dengan program pay per lead,yang memberikan anda 25sen bagi setiap download dari link anda.Sila download dahulu ebook ini.Disini.


Tukar theme..Tukar motif



Tujuan aku menulis blog,semata-mata kerana semangat aku untuk menuntut ilmu dan berkongsi ilmu

TUKAR THEME ~~ Pada malam yang gelap ini,aku akan bertugkus lumus untuk tukar theme blog aku ini,supaya jadi lebih cantik,hensem,menarik dan paling penting simple...Apa yang aku nak tekankan ialah keselesaan pengunjung blog ini.Selagi korang selesa dengan blog aku,aku akan gembira dan bahgia..

TUKAR MOTIF  ~~ Aku juga akan bertungkus lumus untuk setting balik niat aku buat blog.Aku nak tukar motif aku buat blog ini,semata-mata kerana untuk berkongsi ilmu dengan semua pembaca dan juga semata-mata kerana semangat aku untuk menuntut ilmu.SOKONGLAH AKU!!  Aku juga berharap dengan menjadi seorang blogger,aku akan dapat menambah kawan,bukan musuh.

Aku kategori gila blog ker??

Aku menulis bukan kerna nama

Hari ini ada sesuatu yang aku nak kongsikan dengan korang semua..Tetapi apa yang bakal aku kongsikan ini memerlukan korang berfikir dengan kreatif untuk memahami maksud yang cuba aku sampaikan.Aku tak nak berleter panjang.Juz LAYAN..........



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih sayang
Pada sesama insan

Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan

Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

p/s:Korang cuba perhatikan ayat yang aku bold kan???Cuba fahami maksud yang aku ingin sampaikan..
p/s/s:Faham tak??Kalo tak faham,lu pikir la sendiri.
p/s/s/s:Download lagu ni sekarang.

Grafik:Apa pendapat korang?



Aku tengah berlatih guna GIMP...salah satu daripada software open source yang boleh digunakan untuk wat design...Aku tengah try nak design header untuk blog aku nie.


So,harap,korang leh la bagi pendapat untuk design aku yang tak seberapa nie ye...Dalam usaha mempertajamkan kemahiran lagi nie...hehehe.Segala komen positif @ negatif korang,aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s:Komen jer.Tak yah la nak takut.Aku tak makan orang.hahaha.

7 sebab kenapa aku dan kamu gagal buat duit melalui internet?(Part 1)

Tajuk post aku pada malam ini agak panjangkan???Aku pun tak tau camna nak pendekkan,harap-harap korang tak kisah la ye.

Actually,aku bukanlah penulis asal untuk post ini,aku hanya ingin memberikan respon untuk satu post yang aku jumpa waktu gi amik angin kat dunia blogging nie merayau tgk.blog org.Ni memang hobi aku,kalo korang nak aku tengok blog korang,bagitau la ye..

Apa sebabnya aku dan kamu gagal??


  • Sindrom malas.

  • ->Aku rasa macam malas malas lagi nak mengaku,tapi memang masih ada sikit sifat malas dalam diri aku.Bukan malas untuk menulis,tapi malas nak belajar bahasa inggeris.Korang kena ingat,dunia dah maju,zaman dah berubah kat mane aku curi ayat nie.So,bahasa inggeris nie,memang penting sangat kalo korang nak menuntut ilmu,especially bidang-bidang macam nie.Bidang-bidang yang,rakyat Malaysia masih baru berjinak.So,banyak sumber rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.Tapi,dalam usaha korang duk study bahasa inggeris nie,jangan la lupakan bahasa ibunda ye!.

  • Tidak berguru

  • ->Ini yang aku tengah usahakan sekarang nie,sekarang ini aku hanya belajar dengan cara membaca artikel-artikel dan juga blog-blog hasil penulisan mereka yag telah berjaya.Tapi,aku belum pernah mendapatkan personal coach lagi.Bukan masalah sombong,tapi belum ada sape-sape yang sudi nak mengajar aku.secara percuma.hehehe.Skang nie,fokus aku ialah untuk belajar dari forum.Dengan banyakkan bertanya pada moderator yang memang serba tahu.Dan aku sarankan,korang jadikan forum wangcyber sebagai sumber rujukan korang.ramai otai lepak kat sana.Sapa yang sudi ajar aku secara percuma,bagitau,aku sudi belajar.

  • Takut gagal

  • ->Takut gagal??Rasanya aku tidak menghadapi masalah ini.Maybe sebab aku dah banyak kali gagal..Untuk pengetahuan korang sumer,ini blog aku yang entah ke berapa.Aku telah buat banyak blog,dan banyak masalah serta rintangan telah aku lalui dalam usaha aku untuk menjadi seorang blogger.Ala,watpe nak takut gagal??Bukannye korang tak biasa gagal.Dari bayi yang comel-comel lagi,korang dah gagal.Tak mungkin korang berjaya berjalan dengan sekali percubaan.Betul x??

    p/s:Untuk sebab yang seterusnya,sila nantikan post yang seterusnya.Korang hadamkan dulu sebab-sebab yang aku berikan ini.

    p/s/s:Ok x bahasa yang aku gunakan semasa menulis post-post aku?Ada kesalahan tatabahasa @ ejaan k?Kalo ada,tolong betulkan ye!

    Kalo tak nak terlepas post seterusnya,subsribe kat sini->email & RSS



Jom download.



Hari ni,aku tak nak citer pape,sebab aku agak bz hari nie.Laptop aku buat problem,so banyak keje kena wat untuk setelkan masalah itu.Insyallah,besok aku akan review satu lagi tool yang boleh memudahkan lagi urusan para blogger.

Aku baru sahaja download tool itu,dan sekarang nie,aku tengah menyelongkar tool itu sedalam-dalam yang aku mampu.dalam2 sgt.takut lemas plak.Sebelum aku endkan post aku hari ini,aku nak ajak korang download lagi satu software yang aku baru je download.

Software untuk para pengguna vista->Yahoo messenger vista

JOM RAMAI-RAMAI DOWNLOAD!

p/s:Matlamat yang ingin aku capai ialah,review hanya software-software dan tool-tool percuma tetapi berkualiti.Wat pe guna yang berbayar kalo yang free lagi bagus dan berkualiti??Betul tak??

p/s/s:Software @ tool percuma apa yang paling korang sarankan aku guna??

p/s/s/s:Jika korang merasakan informasi yang aku berikan berguna untuk korang sumer,subribe menggunakan email @ RSS supaya korang sentiasa mendapat informasi terbaru.
/span>

Harakahdaily bikin gempaq!


Gempaq tak tajuk post aku??

Tajuk post kali nie,ada la sedikit kaitan dengan apa yang bakal aku gempaqkan sesaat dua lagi.Apa yang korang tahu tentang harakahdaily.net??Apa yang korang tahu tentang PAS??

Actually,aku nie bukanlah peminat setia perkembangan politik negara,tetapi sejak dua tiga menjak nie,aku ada la gak dengar-dengar berita-berita politik nie.Aku tak nak cerita banyak tentang dunia politik Malaysia.Tetapi fokus aku kali ini ialah harakahdaily.net.

Aku buat post nie,bukan ikut suka hati aku,tetapi setelah menjalankan sedikit test.Setalah menjalankan test,aku dapati harakahdaily.net mendapat google page rank 5/10.Dan untuk pengetahuan korang sumer,page rank itu di kategorikan sebagai tinggi.

Dan berdasarkan satu test lagi yang telah aku buat,harakahdaily.net mempunyai link dengan 24,253 pages dan 86,115 inliks.Tak caye??Check kat sini.

So,dari test-test yang aku dah wat tadi,korang boleh tahu,betapa berpengaruhnya harakahdaily.net nie??

Korang boleh bayangkan sendiri,berapa banyak trafik yang bakal korang dapat jika korang mengiklankan blog atau laman korang kat sinikan???

Berminat tak??

Jika korang berminat,aku ada satu tawaran yang ingin kongsikan dengan korang.Saudara Rajakamil ada buat satu promosi "Now Everybody Can Advertise"Dengan join promosi ini,korang akan dapat advertise ataupun mengiklankan blog @ laman korang disebuah laman yang amat berpengaruh dengan kos serendah RM25.Murah bukan??Murah sangat.

Iklan korang,akan dipaparkan dalam bentuk banner,dan jika korang belum mempunyai banner,ianya disediakan dengan sedikit charge,disini.So,tunggu apa lagi.Korang klik je kat sini,jika berminat nak ubah masa depan laman @ blog korang.Mudah dan cepat.

Sebelum tu,sapa Rajakamil nie??

Trivia Raja Kamil The Thinker

  • Beliau merupakan seorang raja yang baru sahaja ditabalkan menjadi seorang blogger.gurauan tiada kene mengena idup dan mati.
  • Mempunyai gaya penulisan yang menarik.
  • Seorang yang berfikiran kreatif.
  • Seorang yang berpandangan jauh.
p/s:Trivia diatas,merupakan pendapat peribadi aku setelah membaca post-post di blog beliau.
p/s/s:Jangan lupa untuk tingkatkan trafik korang.SEKARANG JUGA!!

Aku dah jumpa.

Tanggal 09/08/2008,jam 1 petang.Aku telah pun menggerakkan diri aku ke MPH bookstore Mid Valley.Dan disana,aku telah pun terjumpa sesuatu yang amat menggembirakan hati aku sebagai seorang blogger.

Apa yang aku jumpa??



Pada hari itu,Mohd Suhaimy @ Bro Shuth telah pun mengadakan book talk di MPH bookstore Mid Valley.Dan aku telah pun berjaya untuk bertemu dengan salah seorang daripada barisan otai-otai IM Malaysia.

Sape bro shuth??

Beliau merupakan seorang insan yang bergiat aktif dalam bidang perniagaan internet ini,dan merupakan contoh insan-insan yang telahpun mengecapi kejayaan hanya dengan menggunakan internet.
Berikut merupakan laman blog beliau:

Aku memang amat teruja kerana dapat bertemu dengan beliau.Tak banyak yang aku borakkan dengan beliau.Hanya sekadar bertegur sapa dan memperkenalkan diri.Bro shuth,memang seorang yang peramah.Harap-harap satu hari nanti,aku dapat join gathering wangcyber yang dianjurkan oleh beliau.Doakan aku ye.hehe.

p/s: Jika korang merasakan,info-info yang aku berikan amat berguna,jangan lupa untuk subsribe email korang ataupun subsribe menggunakan RSS.

Great Tool:Yahoo site explorer.

Ok la,malam ini aku tak nak bercakap banyak.Aku juz nak review @ promote satu tool yang aku baru saja guna sebentar tadi.

Apa toolnya??

Seperti yang anda semua dapat baca dekat tajuk post ini,yahoo site explorer.Dengan menggunakan tool ini,kita boleh explorer site kita dan juga site sapa-sapa je yang kita nak.

Apa yang kita dapat dengan wat camtu??

Kalo site yang kita explorer tu site kita sendiri,kita akan mengetahui,berapa jumlah backlink yang wujud ke site kita...

Tapi,kalo site yang kita explorer tu,site rakan kita dan yang sewaktu dengannya...Buang masa jer..Juz boleh rasa cemburu,kalo backlinknya lagi banyak dari kita,dan boleh kutuk kalo backlink site kita lagi banyak dari site dia.


Macam mana nak guna??

Mudah je,juz masukkan url site anda pada kotak yang disediakan,seperti gambar diatas.Mudahkan??So,manfaatkan tips yang aku bagi ni ye.

That's all for today..Speaking london tue...Aku nak sambung menghirup air milo yang baru jer aku wat dan meneruskan pembelajaran aku.hehehe.wasallam.

p/s: Jika korang merasakan,info-info yang aku berikan amat berguna,jangan lupa untuk subsribe email korang ataupun subsribe menggunakan RSS.
Terima kasih.Ada masa datang la lagi ye.

Great tool:Entrecard toolbar.



Ladies and gentlemen.Pada 03/08/2008 ENTRECARD telah pun melancarkan EntreBar.Ini merupakan satu tool yang akan memudahkan anda semua menggunakan fungsi-fungsi yang disediakan oleh ENTRECARD.


Dan untuk pengetahun anda semua,tool ini hanya boleh digunakan pada browser Firefox 3.So,sapa yang belum memiliki browser yang terbaik ini,silalah download secepat yang mungkin.

Belum mempunyai akaun ENTRECARD??Apa yang patut korang buat??

Kalo anda semua nak tahu,dengan menggunakan entrecard,anda dapat mempromosi @ mengiklankan blog anda pada blog-blog lain.Dan anda juga boleh pilih,blog mana yang anda mahu,blog anda dipromosi dan diiklankan.Itu antara fungsi ENTRECARD yang menarik.

Bagi,mereka-mereka yang masih belum memiliki akaun ENTRECARD,register sekarang.Banyak faedah yang anda boleh dapat dari ENTRECARD.Yang paling penting,jangan lupa tekan button drop,kat ENTRECARD aku.hehehe.


p/s: Aku telah pun download Entrebar ini,dan untuk pengetahuan anda semua,aku memang menggunakan browser Mozilla Firefox.

p/s/s: Jika korang merasakan,info-info yang aku berikan amat berguna,jangan lupa untuk subsribe email korang ataupun subsribe menggunakan RSS

Berita gathering wangcyber


Semalam (03/08/2008) telah berlangsungnya gathering wangcyber.com dengan meriahnya di Kelab Golf Bukit Jalil..Aku sedikit kecewa,kerana keterbatasan sebagai seorang pelajar dan kekurangan wang,mengakibatkan aku tidak dapat turut serta.Aku amat berharap supaya,program seperti ini akan menjadi satu acara tahunan.Acara ini aku lihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua IM tempatan khususnya dan juga dapat mendekatkan newbie seperti aku dengan para sifu.Pada pagi ini,aku dengan lajunya telah review blog-blog IM tempatan untuk mendapatkan berita mengenai gathering yang telah berlangsung semalam.

Berikut adalah blog-blog yang telah membuat post berkenaan gathering yang telah berlangsung semalam.


Blog-blog yang aku senaraikan diatas,adalah blog-blog yang berjaya aku jumpa.Jika ada blog-blog yang aku tertinggal,tercicir,terlepas pandang dan len-len.Leh la bagi komen untuk inforrm.Dan aku akan update.

SHARING IS CARING


p/s:Jika korang merasakan informasi yang aku berikan berguna,sila masukkan subscribe email korang untuk sentiasa mendapat update terkini dari blog ini.

p/s/s:Aku telah buat update terbaru untuk senarai blog-blog yang menceritakan tentang gathering wangcyber.Nape blog aku tak tersenarai ye??Tak pergi ke??

Tools hebat test loading time.

Malam semalam,aku menghadapi masalah yang kronik untuk load blog aku ni.Aku pun tak tau,perubahan apa yang telah aku buat,sehinggakan banyak sangat masa yang diperlukan untuk loading blog aku.Atas sebab itu,aku dengan LAJUnya telah buat search tentang tool yang boleh digunakan untuk mengkaji masa yang diperlukan untuk load blog ini.Dan hasilnya,aku telah pun menjumpai tool ini:



Aku amat-amat menyarankan korang semua untuk menggunakan tool ini.Aku memang amat-amat puas hati dengan report yang diberikan setelah menggunakan tools ini.Korang boleh tahu,dengan detail masa load setiap widget dan gambar yang terdapat di blog korang.

Nanti bila korang dah test.Bagitau la aku puas hati @ tak???Kalo tak,aku akan cuba search untuk tool yang lebih hebat,dan kongsikan dengan korang sumer.

p/s:Berguna tak informasi yang aku berikan??Jangan lupa subsribe email korang,supaya semua post yang berguna ini,terus masuk ke inbox mail korang.Tq for you concern.

Nilai sepuluh ringgit.


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.



“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”



“Ya, nak tanya apa?”



“Berapa pendapatan ayah sejam?”



“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”



“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”



“20 ringgit sejam.”



“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;



“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”



Si ayah menjadi berang dan berkata;



“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat
apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan
nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan.
Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”



Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah
kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan
mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira
dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan
anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya
kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan
membuka pintu.



Didapati anaknya masih belum tidur.



“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,”
kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.



“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia
tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not
sepuluh ringgit yang sudah renyuk.



Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.



“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?
Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.



Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.



“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari.
Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak
cukup,” jawab si anak perlahan.



“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.



“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si
anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar
faham maksud anaknya itu.



Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya
dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya
diabaikan.

Moral

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan
tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu,
luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.



sumber- http://ukhwahfillah.wordpress.com/

p/s:Cerita ini sekadar renungan.Dalam usaha kita mengejar kekayaan,janganlah sampai terlupa pada tanggungjawab kita sebagai seorang suami aku bujang lagi,anak,ayah dan lain-lain lagi.Sematkalah dalam jiwa,tujuan kita mengejar kekayaan demi membahagiakan keluarga kita dan beramal jariah.

p/s/s:Cerita ini ada kaitan dengan duit gak.hehehe

Powered by Blogger